Alhamdulilah dengan keberkatan Allah SWT dan juga semangat daripada semua rakan-rakan kelas PISMP 4L, akhirnya jamuan akhir tahun dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar. Setelah mencapai kata sepakat daripada semua kami telah memilih 29 Oktober 2010 untuk hari jamuan akhir tahun bagi semester ini iaitu semester 4,2010. Pengerusi untuk jamuan akhir tahun ni diketuai oleh Nasihah dan dibantu oleh semua rakan-rakan yang lain. segala persiapan yang telah diatur dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Tutor kelas kami iaitu Puan Noorashikin bt Edin banyak memberi sokongan dan semangat agar kami dapat membuat jamuan akhir semester ini dengan baik dan jayanya. Segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan kami sangat hargai.
makanan sampingan di hari jamuan : koktail buah-buahan, nata de coco, kacang, keropok dan kek coklat.
menu utama: nasi putih, gulai ayam, sayur kacang,sambal belacan, ikan kering, timun, mee kari dan buah tembikai.
aktiviti selepas bersantap..hehehe