our classmate from PISMP PRA L

our classmate from PISMP PRA L

Monday, October 11, 2010

Konsep Kerohanian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kerohanian bermaksud perihal rohani, sifat-sifat rohani dan rohaniah.

Konsep Moral

Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani iaitu tingkah laku yg sejajar dgn tatasusila dan peraturan masyarakat.


Moral merupakan nilai-nilai murni seperti :
• baik hati
• merendah diri
• belas kasihan
• dan berkait dgn beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yg dimaksudkan.

SDP- Teori Howard Gardner

Howard Gardner telah mengemukakan sembilan teori kecerdasan pelbagai atau ‘Multiple Intelligence’ iaitu kecerdasan linguistik, logikal-matematikal, visual-spartial, muzik, tubuh kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan spiritual.

Kecerdasan pelbagai yang pertama iaitu kecerdasan linguistik merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita. Kebolehan seseorang dalam menggunakan bahasa secara efektif akan memberi kesan dari segi lisan dan juga tulis. Individu sebegini akan mempunyai kemahiran mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami perkataan.

Menurut Rohani Abdullah (2007), kecerdasan pelbagai yang kedua ialah logikal-matematikal. Kecerdasan ini merangkumi kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis dalam membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Individu yang mempunyai potensi dalam memanipulasi nombor, menggunakan sebab akibat, menentukan jawapan secara logikal, konsep berfikir dalam bentuk logikal dan nombor. Individu ini juga mempunyai perasaan ingin tahu mengenai perkara yang berlaku disekeliling. Individu ini banyak menanyakan soalan dan berminat dalam melakukan eksperimen. Kemahirannya meliputi penyelesaian masalah, mengkategorikan maklumat, bekerja dengan konsep abstrak untuk menghuraikan masalah, bekerja dengan bentuk geometri dan melakukan pengiraan matematik yang sukar.

Menurut Mok Soon Sang (2010), kecerdasan visual-spartial merujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual. Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Seseorang yang mempunyai kebolehan dalam membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini lebih gemar untuk melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuklah membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

Kecerdasan muzik merangkumi kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyi alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi. Kebolehan seseorang itu lebih cenderung untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten atau corak, membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Individu itu juga sangat sensitif dengan bunyi di persekitaran mereka. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

Menurut Mok Soon Sang (2010), kecerdasan tubuh kinestetik ialah kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan merekacipta gaya menari. Individu sebegini berkebolehan dalam mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran dalam memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Mereka mempunyai daya imbangan yang baik, koordinasi mata dan tangan yang baik, misalnya bermain bola, mengimbangi diri di atas palang. Selain itu, mereka juga berkebolehan menggunakan salah satu anggota badan untuk menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu iaitu melalui interaksi dengan ruang persekitaran. Mereka mampu untuk mengingat dan memproses maklumat.

Selain itu, menurut Mok Soon Sang (2010), kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat kerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Kecerdasan ini dapat dilihat apabila seseorang itu hendak menghubungkait dan memahami orang lain. Individu yang bersifat 'interpersonal' melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Tujuannya adalah untuk memahami perasaan dan fikiran orang lain. Individu ini bijak dalam menjiwai perasaan, ingatan dan motivasi. Menggalakkan kerjasama dan mengekalkan kesejahteraan. Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan iaitu bercakap, hubungan mata (eye contact) dan bahasa tubuh (body language) untuk memulakan saluran komunikasi dengan orang lain.

Justeru, kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama, refleksi pemikiran kendiri dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri. Kebolehan ini boleh dilihat apabila seseorang individu itu dalam membuat refleksi sendiri dan sedar akan sifat dalaman dirinya. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada pada dirinya sendiri. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

Seterusnya, kecerdasan naturalis. Menurut Rohani Abdullah (2007), kecerdasan ini juga dikenali sebagai kecerdasan bumi dan alam. Kecerdasan naturalis ialah potensi mengenal pasti pola atau bentuk dalam alam sekitar serta sensitif terhadap perubahannya. Seseorang individu mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap alam semula jadi. Individu itu peka kepada keperluan kehidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan, udara bersih, air, cahaya, tanah dan sebagainya.

Menurut Nani Menon (2007), kecerdasan pelbagai yang terakhir ialah kecerdasan spiritual atau juga dikenali sebagai pintar nilai. Individu yang mempunyai kecerdasan ini akan mempunyai kemahiran dalam menghayati serta menggunakan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan peka terhadap kewujudan manusia, nilai, moral, agama, kuasa Tuhan, malaikat, jin dan alam ghaib.

Sunday, October 10, 2010

AKTA PENDIDIKAN 1996

Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan peruntukan perundangan yang kuat dan jelas.
Perlembagaan Malaysia :
• Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
• Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

Akta Pendidikan 1996 :

• Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
• Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
• Seksyen 52. tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang diperuntukan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan yang adalah institusi pendidikan mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-semata.

Mengurus emosi kendiri



Aristotle menegaskan setiap orang mudah menjadi marah tetapi perasaan ini harus digunakan secara berpatutan dan sesuai mengikut keadaan.
Emosi seseorang harus diurus secara bijaksana dengan menggunakan kecerdasan emosinya.


Mengurus perasaan marah
Setiap orang mempunyai sebab mengapa mereka marah.
Jika tidak dikawal, ia akan mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku.
 Menurut kajian, Tice mendapati usaha menarik diri daripada perasaan marah ialah dengan melakukan aktiviti yang diminatinya.
Bagaimanapun, emosi marah tidak harus disembunyikan namun harus dilepaskan dengan cara yang berpatutan.

Menenangkan kebimbangan

Merupakan pemikiran berulang-ulang ke atas sesuatu perkara yang kurang baik serta kurang yakin untuk memulihkannya.
Tugas kebimbangan menggerakkan individu supaya mencari penyelesaian yang berkesan demi menghalang jangkaan sesuatu yang buruk berlaku.
Menurut Borkovec terdapat dua langkah mudah untuk menangani emosi kebimbangan ini.
1.       Teknik kesedaran diri-mengenal pasti situasi yang menimbulkan kebimbangan.
2.       Memikirkan cara yang membina untuk mengatasi kebimbangan (soal jawab) 

Mengurus kesedihan
Untuk melepaskan kesedihan setiap individu mempunyai cara tersendiri.
Menurut Tice- cara yang berkesan ialah membuat sesuatu dengan kawan atau keluarga.
Menurut Albert Bandura, orang yang bersifat self-efficacy boleh belajar daripada kekalahan dan seterusnya memperbaiki kekalahan tersebut.

Cara guru membantu murid mengurus emosi
  1. Amalkan sikap kepimpinan demokratik
 - mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat dan mesra antara guru-murid.
                - mengelakkan suasana tegang dan menggalakkan murid berdamping rapat dengan guru
  1. Mengelolakan banyak aktiviti berkumpulan
  2. Memberi peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain
  3. Gunakan ganjaran sbagai galakan dan motivasi pembelajaran
  4. Elakkan hukuman dan gunakan bimbingan yang sewajarnya untuk murid yang menimbulkan masalah disiplin demi mengurangkan konflik antara guru-murid.
  5.  Mengajar dengan sikap penyayang
  6. Merapatkan hubungan guru-murid
  7. Galakkan murid mengemukakan soalan termasuk peribadi